Pertubuhan Kebajikan dan Pengurusan Anak-Anak Yatim Kuala Lumpur (Orphan Care) mewujudkan ruang khas menempatkan bayi bagi membolehkan mana-mana ibu terdesak yang tidak inginkan bayi mereka meninggalkannya dengan selamat.
Ruang tersebut yang dikenali ‘pelindung bayi’ itu adalah yang pertama seumpamanya di negara ini dan ia ditempatkan di pejabat pertubuhan itu di 6 Lorong SS1/24A, Kampung Tunku di sini.
Ia dilancarkan oleh Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom yang turut merasmikan Pusat Perlindungan Bayi dan Anak Yatim Orphan Care di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Presiden Orphan Care, Datuk Adnan Mohd. Tahir.
Pada sidang akhbar selepas majlis itu, Shahrizat berkata, pihaknya menyokong usaha NGO berkenaan mewujudkan ruang tersebut bagi keselamatan bayi yang ditinggalkan.
Namun, beliau menegaskan, ia tidak bermaksud kementeriannya menggalakkan kehamilan luar nikah di negara ini malah ia tidak sepatutnya diwujudkan jika ibu bapa bayi berkenaan bertanggungjawab dan amanah.
“Pelindung bayi merupakan salah satu cara penyelesaian alternatif untuk ibu terdesak,” katanya.
“Kita membantu mereka menyelesaikan masalah dengan cara betul iaitu meninggalkan bayi mereka di pelindung bayi ini atas keizinan mereka dan Orphan Care akan membantu bayi berkenaan mencari keluarga yang sesuai,” katanya.
— Category under Malay News. There's 4 Comments.
Salam.Kami pengurusan BKSK Selangor & seluroh Anak-Anak Yatim BKSK Selangor mengucapkan TAHZIAH…
semoga Syurga menunggu Datuk Adnan atas usaha & jasanya, Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya, dan di tempatkan bersama orang-orang yang beriman..AL-FATIHA.
Amin.Ya Rab Bal A`lamin.
PengasasBksk 13.02.2011-6.30am.
Amin…usaha semoga usaha beliau mendapat ganjaran di sana..
janganlah salah faham. Setiap kali ada usaha baik dilakukan akan dipandang serong oleh mereka yang berfikiran negatif sepanjang masa. Usaha NGO ini sangat murni dan perlu dipuji, sekurang-kurangnya dapat menyelamatkan bayi yang tidak berdosa daripada mati di tepi jalan. Saya hendak bertanya apa usaha yang dilakukan oleh yang menggelarkan dirinya sebagai pengasas BKSK selangor dalam usaha menyelamatkan bayi ini daripada mati di tepi jalan???Tiada usaha yang dilakukan, so janganlah memandang serong usaha NGO lain yang berniat murni. Adakah tanpa usaha NGO ini menyediakan tempat perlindungan bayi masalah kelahiran anak luar nikah dapat diatasi??Saya rasa tidak sama sekali. Saya juga ingin bertanya apakah usaha yang dilakukan oleh BKSK dalam usaha menggurangkan masalah kelahiran anak luar nikah di negara ini??? Tiada usaha pun yang dilakukan, jadi janganlah memandang serong setiap usaha baik yang dilakukan. Saya juga ingin mengucapkan takziah pada pengasas BKSK semoga Allah membuka mata anda.
Saya baru terbaca akhbar hari ini…pandangan saya tentang Orphan Care ini amat bagus dan bertanggungjawab dalam menerima bayi yang tersisih dari orang ramai.Niat murni ini haruslah diteruskan kerana menjadi tanggungjawab kita tanpa mengira bangsa untuk terus memberikan sepenuh kasih sayang kepada bayi yang belum kenal erti kehidupan…saya menyokong penuh kepada Orphan Care ini. Sekian,terima kasih.